Kadang-kadang Allah menjarakkan hubungan kita, kemudian DIA datangkan dugaan, puas kita menangis, mencari dan merindu orang yang kita sayang..
Rupanya Allah nak menghadiahkan kita rindu yang berpanjangan agar kita tahu erti kesabaran.
Aku terfikir, siapakah wanita yang bakal menjadi teman semasa hayatku. Kalau dialah wanita itu, mampukah dia menjaga aku di masa sakitku? Mampukah dia menjadi tulang belakangku di kala aku kejatuhan? Mampukah dia menjadi peneman setia? Mampukah dia menggembirakan aku dikala aku kesedihan? Mampukah dia menerima aku dengan seadanya? Mampukah dia bersamaku setiap masa? Aku termenung di jendela. Aku terfikir dan terus berfikir. Siapakah aku untuk menjadi imam dalam solatnya? Siapakah aku untuk menjadi nakhoda dalam rumah tangga? Siapakah aku untuk membimbingnya? Siapakah aku di matanya? Aku termenung lagi.