10/30/2012

Se...happy.

Hai senangnya dalam hati. Semua beban telah ku lepaskan. Walaupun hati terasa berat. Tapi kalau itulah jalan yang terbaik, aku turutkan sahaja. Mungkin masih ada peluang di masa hadapan siapa tahu?

Mungkin buat masa sekarang aku merasa serik seketika. Serik untuk meneruskan apa yang ada. Walaupun hati terlalu ingin memiliki tapi aku takut. Bukan mudah melupakan apa yang telah berlalu. Bukan mudah melupakan kenangan lalu.

Serik bermakna bukan untuk selama2nya. Aku serik untuk menyemai kasih untuk yang tidak halal bagi diriku. Aku sudah ceritakan segala2nya kepada emak. Emak amat memahami. Itulah jalan yang terbaik.

Mungkin jika ada jodoh pertemuan di masa akan datang, aku akan berterus terang dengan mak tentang hasrat hati aku. Biar aku jadikan dia yang halal buat diriku. Baru lah aku merasa yakin untuk menyemai cinta.

Pasti ada yang akan mengetuk pintu hati ini suatu hari nanti.

*hati gundah, result tak keluar lagi nih.

10/16/2012

Siapa yang tahu?

Sendirian aku termenung. Aku kenangkan semula apa yang telah berlaku dalam hidup aku. Ada manisnya..ada pahitnya..ada suka..ada derita. Aku bukanlah manusia sempurna yang boleh memuaskan hati semua orang. Apa yang aku mampu, aku serahkan segalanya. Ya, memang aku pernah melakukan kesilapan..kalaulah, aku boleh undur semula masa..hmm..

Memang tiada siapa yang tahu apa yang ada di dalam hati kita..apa yang kita rasa..apa yang terdetik di hati..tapi salahkah kalau kita kongsikan dengan orang yang kita sayang? dengan orang yang kita cinta? perasaan cinta takkan hadir kalau tidak diizinkan oleh-NYA? Jangan salahkan takdir!

Selama aku menderita, siapa yang peduli? Kawan-kawan? Aku hanya mampu mengadu domba dah mereka hanya mampu mendengar dan melihat aku mengalirkan air mata. Ibu menjadi tempat aku mengadu. Ibu menjadi tempat aku meluahkan segala-galanya. Bayangkan betapa hancurnya hati ibu apabila mengetahui anaknya dikecewakan. Betapa hancurnya hati ibu apabila melihat anaknya menangis! Tapi pabila aku menangis, ibu peluk tubuh yang penuh dosa ini. Aku tenang seketika. Itulah kali pertama aku menangis di hadapan ibu kerana seorang wanita yang aku benar-benar ikhlas mencintai dia. Aku malu untuk mengadu kepada Allah. Aku malu! Siapa aku di sisi NYA? Aku banyak buat dosa. Aku malu! Siapakah aku untuk meminta minta? Kau takkan faham selagi kau sendiri tak rasa! 

Kau hanya mampu salahkan aku siang dan malam. Aku bersabar. Aku hanya bersabar detik demi detik, hari demi hari...setiap masa. Aku bukan boneka! Aku manusia yang punya hati dan perasaan! Aku lalui hari-hari ku dengan air mata. Ada kau peduli? Hanya sementara. Aku cuba untuk senyum..tapi senyumku tawar..hatiku masih berdarah.. Aku cuba hiburkan diri sendiri..tunjukkan depan kau yang aku sentiasa senang hati, aku aku tipu diri aku sendiri! aku tipu kau! kau tak perasan langsung! Kalaulah setiap manusia dikurniakan Allah dengan kebolehan membaca fikiran dan hati.. Itulah gunanya lidah..mulut..suarakan...bertanyakan..fahami..ucapkan..

Jujur aku katakan di sini..aku sudah serik untuk menerima sesiapa di dalam hati ini..aku letih untuk menderita..aku terlalu menderita..bila aku luahkan semua ini, aku menangis..aku menangis..bukan sebab aku ingin menangis, tapi kerana hati yang memaksa..memang aku tak tertahan dengan semua ini..aku penat..sakit..

Inilah kali pertama aku merasai penderitaan ini..cukup terseksa.. Jujur aku katakan, aku pernah lakukan perkara ini kepada orang lain, mungkin inilah karma, balasan untuk diri aku. Aku sendiri merasainya sendiri. Orang tidak nampak..orang lain tidak tahu..tapi kita yang rasa, kita tahu.

Andai kata tiada jodoh antara aku dan dia, aku doakan agar dia temui Imamnya agar dia boleh menjadi makmumnya. Hati aku sudah hampir tertutup rapat. Aku minta maaf. Aku hanya mampu berusaha dan berserah kepada-NYA. Jika ini hanya ujian untuk hamba-MU yang hina ini Ya Allah, aku terima. Aku tahu ENGKAU tidak memberi apa yang aku mahukan, sebaliknya ENGKAU beri apa yang aku perlukan. Aku terima apa sahaja yang terbaik untuk diriku.

Susah untuk aku katakan yang aku benci. Aku tidak pernah membenci. Jujur di sini, aku masih sayangkan kau. Aku masih perlukan kau..tapi bukan sekarang. Andai kata jodoh itu milik kita, aku akan sempurkan segalanya. Andai tiada, berbahagialah kau di samping insan yang bertuah. Amin.

10/12/2012

Happy birthday.

Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..

Semoga hidup diberkati hendak-Nya. Semoga hari-hari mendatang ditempuh dengan sabar. Anggaplah segala dugaan itu adalah ujian untuk diri yang lemah. Semoga berbahagia bersama keluarga tersayang. Amin.

10/11/2012

Telah Berlalu

Hari yang sepatutnya memberi aku sejuta makna telah berlalu begitu sahaja. Mudah kan? Tapi tidak bagi aku. Letakkan dirimu di tempat ku, sudah pasti kau pun tidak mampu untuk menghadapinya. Bagaimana aku boleh? Kerana aku pegang pada prinsip diri, aku yakin dan aku berpegang pada janji. Itulah aku. Tapi semuanya musnah. Ranap. Punah harapan. Hancur impian.

10/10/2012

Kamar Sepi


Sedap juga lagu. Kalau hayati betul-lirik lagu ni, boleh sebak di dada.

Mulut dan Hati

Mulut mengucapkan ucapan. Hati menafikannya.
Hati punya perasaan. Mulut mengunci bahasa.
Mulut terpalit senyum. Hati terpalit parut.
Hati menangis. Mulut ukirkan putih gigi.
Mulut menyebut nama. Hati berpaling.

Aku hanya bersendirian.
Aku hanya termenung.

Kenangan lalu hanya terngiang di gegendang telinga
Suaranya masih terngiang-nginang
Hanya itu yang mampu buat aku tersenyum...untuk sementara

Air mata bergenang.
Air mata membasahi pipi.
Air mata tiada kering.
Air mata penawar hati.

Potret usang menjadi tatapan
Potret usang di jadi bualan
Potret usang mengimbas kenangan
Potret usang ku ukir senyuman

Jari jemari membelai pipi
Jari jemari mengukir puisi
Jari jemari mengusap hati
Jari jemari menggengam api

Aku lemah
Aku lemah
Aku lemah

Aku hanya mampu membisik
Aku hanya mampu menahan sebak di dada
Aku hanya mampu menahan keperitan perasaan
Aku hanya mampu bertahan..

Selama mana harus aku?
Akhirnya aku menangis.




10102012
12:17am
aku berharapa engkau membaca contengan sepi ini
supaya engkau merasa apa yang aku rasa.

10/05/2012

Ikhlas. Terima. Halal.

Aku sedar selama ini aku silap. Aku banyak melakukan dosa. Aku lupa pada yang Esa. DIA  yang temukan kita dan DIA juga yang pisahkan kita kerana DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Selama ini aku fikir, cinta sebelum kahwin ini indah, semuanya manis-manis belaka, konon tiada duka. Tapi aku silap, gembira hanya sementara, duka selalu ku terasa, tenang hanya seketika. 

Aku manusia lemah, aku manusia hina. Aku kadang-kadang alpa yang aku ini hanya hamba yang wajib melakukan segala suruhan-NYA dan meninggalkan segala larangan-NYA. Astaghfirullahal'azim. Aku telah banyak melakukan kesilapan-kesilapan besar. Kenapa baru sekarang aku sedar? Kenapa? Kenapa selama ini aku lalai? Aku rosakkan segala-galanya. Apa jenis manusia aku ini? Hinanya diriku Ya Allah...!

Aku minta maaf. Semua yang terjadi disebabkan diriku. Puncanya, aku! Kenapa diri ini mudah hanyut, lalai, alpa, bodoh!! Aku sebagai 'pelakon' seharusnya melakonkan 'watak' yang diberi mengikut 'skrip'NYA. Tapi kenapa aku ingkar?  Aku memohon padaMU Ya Allah, ampunilah dosa aku, hinanya aku di sisi MU Ya Allah. Subhanallah....

Aku menyesal atas segala perbuataku, aku malu padaMU Ya Allah. Percintaan yang dijalinkan selama ini rupa-rupanya adalah dosa belaka. Tidak salah mempunyai rasa cinta dah kasih. Perasaan itu adalah lumrah. Tapi cara meluahkan perlu ada batas-batasnya. Aku silap...aku silap...ampunkan aku Ya Allah..

Aku ingin kita hidup bahagia..aku ingin membetulkan apa yang silap. Aku ingin menghalalkan apa yang haram di antara kita. Aku ikhlas, Aku jujur. Walaupun aku ni hina di mata NYA dan hina di matamu, aku berharap dimaafkan segala kesilapanku. Aku ingin berubah. Memang aku insan yang lemah, aku lupa sujud padaNYA. Aku lupa Pencipta yang agung. 

Aku ingin melahirkan rasa cinta padamu apabila aku di ijab kabulkan denganmu. Berilah aku peluang mencuci dosa diriku. Berikan aku peluang untuk mencari ilmu. Berikan aku peluang untuk membimbingmu. Izinkan aku menjadi imam dalam solatmu. Sudikah engkau menjadi makmum di dalam solatku? Sudikah engkau menjadi tulang belakang yang menyokong aku untuk terus berjuang? Sudikah engkau menerimaku? Aku ikhlas.jujur. 

Aku ingin menjadikan engkau yang halal buatku supaya aku dapat mencurahkan segala rasa cinta yang selama ini ku pendam. Sudikah engkau menerimaku?




Ikhlas dari hati.
Contengan sepi
12.39am 
5/10/2012 

10/03/2012

Final Exam

4.10.2012-13.10.2012
Final Exam
Semester 5
Bachelor In Accounting
Infrastructure University Kuala Lumpur