7/15/2013

Menghitung hari

akan tiba saatnya nanti..
dalam bulan mulia..
temetrai ikatan janji..
bakal bersatu dua jiwa..

jari manis setia menanti..
menunggu saat tiba masa..
secangkir emas menyusul nanti..
bakal bersatu dua hamba..

6/12/2013

Potong Gula Jangan Potong Kaki


Anda  yang tercari-cari penawar mujarab untuk rawatan penyakit kencing manis (diabetis). Tahukah anda, setiap 10 saat berlaku satu kematian dan setiap 30 saat ada anggota badan yang dipotong akibat kencing manis. Pengidap kencing manis berhadapan dengan  risiko yang lebih tinggi untuk menderita tekanan darah tinggi, Atherosclerosis kegagalan jantung tersumbat, masalah saraf, osteoporosis, kanser, masalah penglihatan, kegagalan buah pinggang, seksual dan penuaan pra-matang. Ramai pesakit mencuba berbagai produk untuk atasi masalah ini. Namun ternyata ia gagal !!. Adakah anda juga alami masalah yang sama seperti mereka?. Jangan biarkan kaki anda dipotong sebelum mencuba produk kami. Hubungi kami sekarang !!.

Boleh layari www.jussulin.blogspot.com atau hubungi saya 
017-5783884-anas

1/01/2013

Happy New Year

Assalamualaikum. Selamat tahun baru. Semoga tahun ini kita akan terus ke hadapan untuk mencapai kejayaan dan impian. Jadikan tahun lalu sebagai pengalaman. Belajar dari kesilanpan. 2012 banyak meninggalkan kesan dalam hidup aku. 2012 juga telah mendewasakan aku dan telah mengajar aku apa itu erti kehidupan. Aku mengaku, banyak yang duka berbanding suka. Kita manusia kadang2 alpa dengan kehidupan kita. Kita hanya ingin yang terbaik tetapi tidak mahu memperbaiki kelemahan. Begitu juga aku, melakukan kesilapan yang bagi aku teramatlah bodoh. Tetapi semua ini telah mengajar aku tentang hidup. Bukan semua yang kita harapkan akan berlaku. Kita hanya mampu merancang. Tapi perancangan Allah adalah yang terbaik. Percaya pada qada' dan qadar Allah. Jangan jadi seperti manusia yang tiada agama. Fikir dulu sebelum bertindak. Tingkatkan prestasi diri. Jadikan hari ini lebih baik dari hari semalam. Nescaya hidup akan lebih teratur dan bererti. Tingkatkan akhlak dan iman di dada. 2012 telah melabuhkan tirai. Gunakan tahun sebelumnya sebagai rujukan. 2013 membuka tirai. Tetapkan misi dan visi dalam diri. Perbaiki diri. Tingkatkan amalan, insyaAllah. Aku hanya ingin jadi yang terbaik.

Perancangan tahun ini masih juga samar2. Mungkin akan dirancang apabila usia aku genap 23 tahun. Aku juga mahukan yang terbaik untuk diriku. Aku ingin kecapi kebahagiaan dalam hidup. Banyak perkara yang perlu diatur dengab betuk jika tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku. Bulan 8 mungkin akan menjadi hari yang bermakna dalam hidup aku? Siapa tahu? Insyaallah. Aku hanya mampu berusaha dan berdoa pada Allah. Selamat tahun baru kepada semua.