11/22/2012

Kawan

Sesekali jadilah kawan yang mendengar
dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati 
dan perasaan kawan.
Kerana dia juga seorang manusia.
Dia juga ada rasa takut,
ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan
dia juga perlukan kawan
sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,
tapi mungkin sebenarnya
dia tidak setabah yang kita sangka.
Di sebalik senyumannya itu,
mungkin banyak cerita sedih
yang ingin diluahkan.
Di sebalik ketenangannya,
mungkin tersimpan
seribu kekalutan.
Kita tidak tahu....tetapi
jika kita cuba
jadi sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu.

11/11/2012

Cuti-cuti Semester

Assalamualaikum

Cuti semester baru-baru ni, aku dengan sahabat-sahabat di kampung buat satu trip ke Ulu Legong Hot Spring, Baling, yang terletak di Kedah. Trip ni kitorang buat dua kali disebabkan trip yang pertama, ada yang tak dapat ikut atas alasan yang tak dapat dielakkan.

1st Trip-20/10/2012
Al-kisahnya, kitorang plan nak bertolak pukul 10pm selepas habis match final Kelantan vs ATM. Tapi bila semua tengah ralit tengok bola, sebab ada extra time masa tu, last-last dorang sampai rumah aku dalam pukul 11.30pm mcm tu. Bila dorang sampai je rumah aku, ayah aku diserang gastrik yang sgt teruk..muntah 4 kali sampai tak boleh nak bangun..aku kena la uruskan ayah aku dulu sebab itu dah tanggung jawab sorang anak..betul tak? Aku bawak ayah aku ke hospital...member2 aku pun ikut jgk sumbat satu kereta. Sampai je  hospital doktor2 semua dok buat lengai buat bodoh je macam xde apa2 kat ayah aku. Apa perasaan korang tunggu 2 jam tapi macam xda apa2 yang jadi? Pukul 2 pagi aku masuk wad kecemasan, pegi jumpa pembantu perubatan yang tengah dok merewang tu, memang kena sound la jawabnya. Baru lah terhegeh2 nak bawak ayah aku pi x-ray. Last2, kul 2.30am, dorang cakap xde apa..just bagi ubat tahan sakit je..pastu boleh balik. Boleh macam tu? Malam tu aku dah mcm berbelah bahagi dah ni..yela, member dok tunggu kot..dorang terjebak sekali..aku pun bawak ayah aku balik rumah, tanya ayah aku ok ke tak, ayah aku kata okay..pukul 3 pagi baru kitorang gerak. PUKUL 3 PAGI YE.

Alhamdulillah..setelah 2 jam perjalanan meredah gelap gelita, kabus tebal pagi, lampu silau, embun pagi semua, tepat pukul 5 pagi kitorang sampai sana. Pegi ke kaunter tiket, ambil tiket sorang satu..masuk dalam, naikkan khemah, salin baju, terus terjun!! Eh, gila nk terus terjun??!! Air panas kot! Bukan swimming pool kat hotel!

So kat bawah ni ada beberapa gambar yang sempat di rakam untuk xpdc kali pertama

nazrin dan adib
masa ni orang dah tak ada dah pun. semua dah balik. yelah, dah subuh dah pun masa nie

nazrin dan adib lagi

ni jon. abg bonzer kita.

ni aku *forever alone*

muaz, aku dan nazrin

muaz aku dan nazrin lagi

dan lagi. -_-'

adib, aku, muaz dan nazrin.

Lepas semua dah kecut bagai, kitorang pun pi la buat apa yang patut..mandi..solat subuh..err..itu mesti. lepas dah siap2, aku tibai lena sampai pukul 8.00 sebab apa? sebab balik nanti aku jugak yang nak kena drive. so, dalam pukul 8.45am kitorang pun bertolak balik. sekian. eh, belum..ni baru 1st trip..adaaaaa laagiiiii........

2nd Trip-3/11/2012

Okay,second trip ni mmg di rancang dengan sempurna. Namun apa yang kita rancang tak selalunya akan 100% seperti yang kita mahukan. Tapi masalah boleh di settlekan dengan adanya kepakaran dan skill2 daripada sahabat, semuanya lancar.

Pukul 9.45pm kitorang berkumpul dekat caltex sungai bakap...lepas buat kecoh sket kat sana, dalam pukul 10.00pm kitorang bertolak sambil ditemani hujan renyai.renyai...kitorang pegi dua kereta. Aku, muaz dan shidi satu kereta, jon, adib, nazrin dan mior satu kereta. So dalam perjalanan tu kereta shidi ada problem sket..wiper rosak..hujan makin lebat..so kitorang singgah la setiap stesen minyak nak cari wiper. tapi hampa. so, jon (dia ni ada bengkel kereta), jon pun menggunakan akal yang genius, tukar getah wiper sebelah kanan ke kiri dan sebaliknya. Dah tu, semuanya kembali lancar. So dalam perjalan tu mmg macam2 karenah la masing..semua happy..

mcm ni la suasana dalam kereta kami :p

Lepas 2 jam perjalanan, tepat jam 12 malam kitorang selamat sampai ke destinasi. Masing-masing excited sangat-sangat. aku terus kutip duit sorang rm6 untuk tiket..terus pi kaunter beli tiket. yang jaga kaunter pun alahai semua comel2....

ini lah ghope tiketnya


masing semua happy je...tak sabar nak mandi der..

siap2 angkut barang

bila sampai, terus cari port nak bukak khemah. *muka gua excited sket..

jon, tukang ambil gambar

muaz, abg manis.

aku dengan seluar bunga2..kelam kabut nak naikkan khemah

tada! siap didirikan.

Happy dalam hati...

belum apa2 dah bungkang dulu dah sebab muaz balik je keje petang tu, smpi rumah dalam kul 9..terus keluar dengan kitorang.

tapi bila bab ambil gambar, semua pakat semangat.


mcm ni la suasana dekat sana. asap tu bukan asap air panas ye, tapi asap rokok sape ntah. air malam ni panas sket..tak macam hari tu kitorang datang. so, semua pakat dok tepi ja.rendam kaki..nak masuk, takut jadi steamboat pulak nanti.

amoi cantek (shidi) dengan aku dan ada makhluk misteri dekat blakang.

eh, mior rupanya!! hahaha
muaz pun nak jgk.

aku dah pening kepala dah time. so dok diam ja..tapi bukan diam saja la..

senyuman sahabat2 yang takut masuk air

semua baru lepas makan. dah tak ada apa nak buat, makan je la yang mampu sebab apa? sebab air panas sangat..so, bagi kenyang perut dlu..


semua bersidai ja kat tepi...

setelah beberapa lama dok kat tepi, aku berjaya turun mandi dan berenang kat kolam no 2 nih! akhirnya! tapi bila naik tu terus pening la. *cubaan membuat human pyramid

yang ni cubaan..err...ntah la..

rare tak? seluar bunga2 konon pi hawai...juboq hang!

masa ni dah siap2 dah..tunggu nak lena ja..kepala pening badan letih..mandi tak hengat dunia.

yang ni paling best, aku bangun pagi tu pukul 8.30am. celup kaki dalam air, terus salin baju..terjun terus dengan muaz..terus fresh, yela, tido pukul 6.30am..bangun kul 8.30..lepas tu nak drive pulak...

masih ada lagi family yang bersantai...

adib dengan rambutnya

yang ni xtau nak cakap apa

cubaan membuat akrobatik..menjadi dalam kolam air panas!

lawan berenang dengan muaz..lepas tu pancit..

tinggal kitorang je masa ni..tgh nak kemas2 dah nie..

lepas tu kitorang pegi breakfast. ini je kedai yang bukak. 

shidi buat2 terkejut tgk aku trus capai nasi lemak kat kedai mak cik tu. konon2 la tu..nk cakap aku makan banyak? hang brapa bungkus makan? jawab kat comment kat bawah nanti! hahaha

semua pakat pulun....

Lepas dah makan2 semua..dalam pukul 10am mcm tu..kitorang pun bertolak balik dengan perasaan happy, penat, puas semua ada. tak boleh digambarkan. memang happening. bajet sorang hanya RM20. so memang enjoy habis habisan. 

Tetapi, dalam perjalanan nak balik tu, malang tak berbau, yelah, kita merancang ye dak? Cermin kereta mior pulak pecah sebab terkena batu dari trailer mana ntah. Tapi atas kerjasama semua, kitorang pun perlahan-lahan meneruskan perjalanan. Memang rambo habis la masa tu.

ini la ghopenya..alhamdulillah, takde sapa2 yang tercedera teruk..cuma luka2 jari saja masa nk buang kaca2 yang ada.

Ni entry paling panjang aku rasa. penat jugak nk mengupload gmbr2 kat sini. dah la internet slow. Tapi ni satu pengalaman yang tak dapat aku lupakan. Semua ni sahabat2 aku dari kampung yang aku kenal dari tadika dlu nuh..maknanya hampir 17 tahun kitorang bersama.  Setakat itu sahaja untuk kali ini. sekian :) peace. 
















10/30/2012

Se...happy.

Hai senangnya dalam hati. Semua beban telah ku lepaskan. Walaupun hati terasa berat. Tapi kalau itulah jalan yang terbaik, aku turutkan sahaja. Mungkin masih ada peluang di masa hadapan siapa tahu?

Mungkin buat masa sekarang aku merasa serik seketika. Serik untuk meneruskan apa yang ada. Walaupun hati terlalu ingin memiliki tapi aku takut. Bukan mudah melupakan apa yang telah berlalu. Bukan mudah melupakan kenangan lalu.

Serik bermakna bukan untuk selama2nya. Aku serik untuk menyemai kasih untuk yang tidak halal bagi diriku. Aku sudah ceritakan segala2nya kepada emak. Emak amat memahami. Itulah jalan yang terbaik.

Mungkin jika ada jodoh pertemuan di masa akan datang, aku akan berterus terang dengan mak tentang hasrat hati aku. Biar aku jadikan dia yang halal buat diriku. Baru lah aku merasa yakin untuk menyemai cinta.

Pasti ada yang akan mengetuk pintu hati ini suatu hari nanti.

*hati gundah, result tak keluar lagi nih.

10/16/2012

Siapa yang tahu?

Sendirian aku termenung. Aku kenangkan semula apa yang telah berlaku dalam hidup aku. Ada manisnya..ada pahitnya..ada suka..ada derita. Aku bukanlah manusia sempurna yang boleh memuaskan hati semua orang. Apa yang aku mampu, aku serahkan segalanya. Ya, memang aku pernah melakukan kesilapan..kalaulah, aku boleh undur semula masa..hmm..

Memang tiada siapa yang tahu apa yang ada di dalam hati kita..apa yang kita rasa..apa yang terdetik di hati..tapi salahkah kalau kita kongsikan dengan orang yang kita sayang? dengan orang yang kita cinta? perasaan cinta takkan hadir kalau tidak diizinkan oleh-NYA? Jangan salahkan takdir!

Selama aku menderita, siapa yang peduli? Kawan-kawan? Aku hanya mampu mengadu domba dah mereka hanya mampu mendengar dan melihat aku mengalirkan air mata. Ibu menjadi tempat aku mengadu. Ibu menjadi tempat aku meluahkan segala-galanya. Bayangkan betapa hancurnya hati ibu apabila mengetahui anaknya dikecewakan. Betapa hancurnya hati ibu apabila melihat anaknya menangis! Tapi pabila aku menangis, ibu peluk tubuh yang penuh dosa ini. Aku tenang seketika. Itulah kali pertama aku menangis di hadapan ibu kerana seorang wanita yang aku benar-benar ikhlas mencintai dia. Aku malu untuk mengadu kepada Allah. Aku malu! Siapa aku di sisi NYA? Aku banyak buat dosa. Aku malu! Siapakah aku untuk meminta minta? Kau takkan faham selagi kau sendiri tak rasa! 

Kau hanya mampu salahkan aku siang dan malam. Aku bersabar. Aku hanya bersabar detik demi detik, hari demi hari...setiap masa. Aku bukan boneka! Aku manusia yang punya hati dan perasaan! Aku lalui hari-hari ku dengan air mata. Ada kau peduli? Hanya sementara. Aku cuba untuk senyum..tapi senyumku tawar..hatiku masih berdarah.. Aku cuba hiburkan diri sendiri..tunjukkan depan kau yang aku sentiasa senang hati, aku aku tipu diri aku sendiri! aku tipu kau! kau tak perasan langsung! Kalaulah setiap manusia dikurniakan Allah dengan kebolehan membaca fikiran dan hati.. Itulah gunanya lidah..mulut..suarakan...bertanyakan..fahami..ucapkan..

Jujur aku katakan di sini..aku sudah serik untuk menerima sesiapa di dalam hati ini..aku letih untuk menderita..aku terlalu menderita..bila aku luahkan semua ini, aku menangis..aku menangis..bukan sebab aku ingin menangis, tapi kerana hati yang memaksa..memang aku tak tertahan dengan semua ini..aku penat..sakit..

Inilah kali pertama aku merasai penderitaan ini..cukup terseksa.. Jujur aku katakan, aku pernah lakukan perkara ini kepada orang lain, mungkin inilah karma, balasan untuk diri aku. Aku sendiri merasainya sendiri. Orang tidak nampak..orang lain tidak tahu..tapi kita yang rasa, kita tahu.

Andai kata tiada jodoh antara aku dan dia, aku doakan agar dia temui Imamnya agar dia boleh menjadi makmumnya. Hati aku sudah hampir tertutup rapat. Aku minta maaf. Aku hanya mampu berusaha dan berserah kepada-NYA. Jika ini hanya ujian untuk hamba-MU yang hina ini Ya Allah, aku terima. Aku tahu ENGKAU tidak memberi apa yang aku mahukan, sebaliknya ENGKAU beri apa yang aku perlukan. Aku terima apa sahaja yang terbaik untuk diriku.

Susah untuk aku katakan yang aku benci. Aku tidak pernah membenci. Jujur di sini, aku masih sayangkan kau. Aku masih perlukan kau..tapi bukan sekarang. Andai kata jodoh itu milik kita, aku akan sempurkan segalanya. Andai tiada, berbahagialah kau di samping insan yang bertuah. Amin.

10/12/2012

Happy birthday.

Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..

Semoga hidup diberkati hendak-Nya. Semoga hari-hari mendatang ditempuh dengan sabar. Anggaplah segala dugaan itu adalah ujian untuk diri yang lemah. Semoga berbahagia bersama keluarga tersayang. Amin.

10/11/2012

Telah Berlalu

Hari yang sepatutnya memberi aku sejuta makna telah berlalu begitu sahaja. Mudah kan? Tapi tidak bagi aku. Letakkan dirimu di tempat ku, sudah pasti kau pun tidak mampu untuk menghadapinya. Bagaimana aku boleh? Kerana aku pegang pada prinsip diri, aku yakin dan aku berpegang pada janji. Itulah aku. Tapi semuanya musnah. Ranap. Punah harapan. Hancur impian.

10/10/2012

Kamar Sepi


Sedap juga lagu. Kalau hayati betul-lirik lagu ni, boleh sebak di dada.

Mulut dan Hati

Mulut mengucapkan ucapan. Hati menafikannya.
Hati punya perasaan. Mulut mengunci bahasa.
Mulut terpalit senyum. Hati terpalit parut.
Hati menangis. Mulut ukirkan putih gigi.
Mulut menyebut nama. Hati berpaling.

Aku hanya bersendirian.
Aku hanya termenung.

Kenangan lalu hanya terngiang di gegendang telinga
Suaranya masih terngiang-nginang
Hanya itu yang mampu buat aku tersenyum...untuk sementara

Air mata bergenang.
Air mata membasahi pipi.
Air mata tiada kering.
Air mata penawar hati.

Potret usang menjadi tatapan
Potret usang di jadi bualan
Potret usang mengimbas kenangan
Potret usang ku ukir senyuman

Jari jemari membelai pipi
Jari jemari mengukir puisi
Jari jemari mengusap hati
Jari jemari menggengam api

Aku lemah
Aku lemah
Aku lemah

Aku hanya mampu membisik
Aku hanya mampu menahan sebak di dada
Aku hanya mampu menahan keperitan perasaan
Aku hanya mampu bertahan..

Selama mana harus aku?
Akhirnya aku menangis.




10102012
12:17am
aku berharapa engkau membaca contengan sepi ini
supaya engkau merasa apa yang aku rasa.

10/05/2012

Ikhlas. Terima. Halal.

Aku sedar selama ini aku silap. Aku banyak melakukan dosa. Aku lupa pada yang Esa. DIA  yang temukan kita dan DIA juga yang pisahkan kita kerana DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Selama ini aku fikir, cinta sebelum kahwin ini indah, semuanya manis-manis belaka, konon tiada duka. Tapi aku silap, gembira hanya sementara, duka selalu ku terasa, tenang hanya seketika. 

Aku manusia lemah, aku manusia hina. Aku kadang-kadang alpa yang aku ini hanya hamba yang wajib melakukan segala suruhan-NYA dan meninggalkan segala larangan-NYA. Astaghfirullahal'azim. Aku telah banyak melakukan kesilapan-kesilapan besar. Kenapa baru sekarang aku sedar? Kenapa? Kenapa selama ini aku lalai? Aku rosakkan segala-galanya. Apa jenis manusia aku ini? Hinanya diriku Ya Allah...!

Aku minta maaf. Semua yang terjadi disebabkan diriku. Puncanya, aku! Kenapa diri ini mudah hanyut, lalai, alpa, bodoh!! Aku sebagai 'pelakon' seharusnya melakonkan 'watak' yang diberi mengikut 'skrip'NYA. Tapi kenapa aku ingkar?  Aku memohon padaMU Ya Allah, ampunilah dosa aku, hinanya aku di sisi MU Ya Allah. Subhanallah....

Aku menyesal atas segala perbuataku, aku malu padaMU Ya Allah. Percintaan yang dijalinkan selama ini rupa-rupanya adalah dosa belaka. Tidak salah mempunyai rasa cinta dah kasih. Perasaan itu adalah lumrah. Tapi cara meluahkan perlu ada batas-batasnya. Aku silap...aku silap...ampunkan aku Ya Allah..

Aku ingin kita hidup bahagia..aku ingin membetulkan apa yang silap. Aku ingin menghalalkan apa yang haram di antara kita. Aku ikhlas, Aku jujur. Walaupun aku ni hina di mata NYA dan hina di matamu, aku berharap dimaafkan segala kesilapanku. Aku ingin berubah. Memang aku insan yang lemah, aku lupa sujud padaNYA. Aku lupa Pencipta yang agung. 

Aku ingin melahirkan rasa cinta padamu apabila aku di ijab kabulkan denganmu. Berilah aku peluang mencuci dosa diriku. Berikan aku peluang untuk mencari ilmu. Berikan aku peluang untuk membimbingmu. Izinkan aku menjadi imam dalam solatmu. Sudikah engkau menjadi makmum di dalam solatku? Sudikah engkau menjadi tulang belakang yang menyokong aku untuk terus berjuang? Sudikah engkau menerimaku? Aku ikhlas.jujur. 

Aku ingin menjadikan engkau yang halal buatku supaya aku dapat mencurahkan segala rasa cinta yang selama ini ku pendam. Sudikah engkau menerimaku?




Ikhlas dari hati.
Contengan sepi
12.39am 
5/10/2012 

10/03/2012

Final Exam

4.10.2012-13.10.2012
Final Exam
Semester 5
Bachelor In Accounting
Infrastructure University Kuala Lumpur

9/26/2012

Rasakah?

Kadang-kadang Allah menjarakkan hubungan kita, kemudian DIA datangkan dugaan, puas kita menangis, mencari dan merindu orang yang kita sayang..

Rupanya Allah nak menghadiahkan kita rindu yang berpanjangan agar kita tahu erti kesabaran.

Pengorbanan


Suatu hari burung jatuh cinta pada mawar putih, burung pun berusaha mengungkapkan perasaannya. Tapi, mawar putih berkata, "Aku takkan bisa menyintaimu."
Burung tidak menyerah kalah, setiap hari dia datang untuk bertemu dengan mawar putih.
Akhirnya, mawar putih berkata, "Aku akan menyintaimu, jika engkau dapat mengubah aku menjadi mawar merah."
Dan suatu hari, burung datang kembali, dia memotong sayapnya dan menebarkan darahnya, akhirnya mawar putih bertukar menjadi mawar merah.
Akhirnya, mawar sedar berapa besar burung menyintai dirinya.
Tapi, semuanya sudah terlambat, kerana burung telah mati. Takkan kembali lagi ke dunia.
Itulah sebabnya mawar merah menjadi lambang cinta.
Hargailah siapa pun yang menyintaimu sebelum dia meninggalkanmu.



Hargai aku yang mencintaimu sebelum aku pergi meninggalkanmu...


9/25/2012

Doa Penenang Jiwa


Ya Allah… gantikanlah di tempat keresahan ini dengan kedamaian,
di tempat kedukaan dgn kegembiraan
dan di tempat ketakutan dgn keamanan

Ya Allah, sejukkanlah gejolak hati ini dgn salji keyakinan
dan padamkanlah bara dijiwa dgn air keimanan..
Ya Allah..buatlah mata yg tidak mahu lelap

merasa mengantuk yg memberi ketenangan,

dan letakkanlah di jiwa yg goncang ini kedamaian,

dan berilah balasan baginya
dgn kejayan yg sudah hampir

Ya Allah… halakanlah kebingungan pandangan hatiku kpd nur cahaya-MU
dan tindakan-tindakan ku yg keliru kpd jalan MU yg lurus..
dan palingkanlah org2 yg menyimpang dari jalan MU
kpd hidayah MU

Ya Allah… lenyapkanlah was-was dgn fajar cahaya kebenaran,
dan hapuskanlah jiwa yg resah dgn falak kebenaran,
dan tolaklah tipu daya syaitan dgn tentera bantuan-MU
dlm keadaan terhina…

Ya Allah,lenyapkanlah dukacita ku, hilangkanlah kesedihanku,
sembuhkanlah kesakitanku.. dan halaulah keresahan dari jiwaku…

Ya Rabb…Ya Tuhanku… Daku berlindung kpd-MU
dari rasa takut,kami bersandar dan berserah hanya kpd -MU,
Daku tdk meminta tolong melainkn kpd-Mu

Engkaulah pemelihara ku….

sebaik2 pelindung dan penolong…

Ameen YA ALLAH

9/24/2012

Kembalikan

Cinta tidak boleh dipaksa. Pahit manis cinta kita rasa. Datangnya seperti angin, perginya juga seperti angin. Cinta yang hilang boleh dikembalikan. Berusaha.

..kenangkan kisah yang bahagia antara kita..
..tataplah gambar kita berdua agar dapat mengingatkan kembali kisah yang bahagia..
..fikirkan pengorbanan yang telah di lakukan..
..berfikirlah semula sebelum membuat keputusan yang salah..
..berikan kesempatan untuk menyatakan sesuatu yang selama ini terpendam..
..berdoalah kepada yang Maha Esa untuk dibukakan pintu hati..

9/16/2012

Ingatan

Kadang-kadang kita mudah terlupa perkara yang telah berlalu. Tak kira kenangan itu kenangan manis ataupun pahit. Tidak semua kita ingat melainkan ada seseorang yang mengingatkan kita. Aku pun hanya manusia biasa. Kadang-kadang alpa. Terleka. Masa terus berlalu pergi. Ada orang bertanya padaku, "kenapa kita perlu kenangkan masa lalu? bukankah itu akan membuatkan kita berasa menyesal/sedih?" aku terdiam. Perkara yang lalu patut dijadikan pengajaran dalam hidup. Pengalaman. Jangan ulangi perkara lalu. Ada baik buruknya apabila kita mengenang kembali kisah-kisah lalu tidak kira suka atau duka. Bagi aku, tiada perkara yang berlaku dalam hidup kita patut dilupakan. 

Kenangkan saat-saat indah. Kenangkan suka duka. Kenangkan baik buruk.

9/13/2012

Termenung

Aku terfikir, siapakah wanita yang bakal menjadi teman semasa hayatku. Kalau dialah wanita itu, mampukah dia menjaga aku di masa sakitku? Mampukah dia menjadi tulang belakangku di kala aku kejatuhan? Mampukah dia menjadi peneman setia? Mampukah dia menggembirakan aku dikala aku kesedihan? Mampukah dia menerima aku dengan seadanya? Mampukah dia bersamaku setiap masa? Aku termenung di jendela. Aku terfikir dan terus berfikir. Siapakah aku untuk menjadi imam dalam solatnya? Siapakah aku untuk menjadi nakhoda dalam rumah tangga? Siapakah aku untuk membimbingnya? Siapakah aku di matanya? Aku termenung lagi.


DIA

Aku tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi aku mencari seorang teman pendamping hidupku hingga ke akhir hayatku. Seorang yang boleh ingatkan aku kiranya aku terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat aku percayai untuk mendidik anak-anakku kelak dan generasi yang akan lahir. Aku letakkan beberapa syarat bagi wanita yg hadir dalam hidupku, dan dialah orangnya.

9/10/2012

Masih Adakah Ruang?

Jauh di sudut hati ini
Aku masih menaruh harapan
Melewati hari-hari sepi
Meraba-raba dalam kegelapan

Ruang yang ada terasa sunyi
Mengharapkan cahaya yang berkedipan
Dada terasa bagai dicucuk duri
Rupa-rupanya hati hancur bersama impian

Berilah aku ruang di hatimu
Lembutkan hatimu untukku
Letakkan nilai cinta di ceruk perasaanmu
Terangilah kegelapan hatimu

Masih adakah ruang untukku?
Masih adakah cinta dirimu padaku?
Masih adakah nilai cinta padamu?
Masih adakah ruang dalam hati mu?

Masih adakah ruang...

8/06/2012

Umpama Angin

Assalamualaikum...

Betul kata orang, cuma kadang-kadang kita yang ego dengan diri sendiri. Kita terlalu yakin dengan diri kita sendiri. Kita terlalu percayakan diri sendiri. Sehinggakan apa yang terjadi di sekeliling kita, kita tidak perasan.

Cinta datang tanpa kita sedar. Cinta juga pergi tanpa kita sedar. Kenapa? Cinta yang hadir dalam diri kita ini hadir dalam diam, membawa satu perasaan yang sukar kita gambarkan. Jika sayang, anda boleh sayang semua orang. Jika suka, anda boleh suka sesiapa sahaja. Jika cinta? Anda boleh cintakan semua orang? Tepuk dada tanya hati. Perasaan cinta yang hadir dalam diri kita tu seolah olah memberitahu bahawa pintu hati kita sudah diketuk. Nak kata suka, bukan..nak kata seronok pun bukan. Fikir fikir kan.

Tetapi cinta juga pergi umpama angin. Tanpa kita sedar cinta juga boleh membuatkan kita merana, tanpa sedar. Cinta memang tidak boleh dipaksa. Cinta juga tidak boleh dipermainkan. Cinta bukanlah pengukur dalam sesebuah hubungan tetapi keikhlasan hati.

Wasalam.