Sendirian aku termenung. Aku kenangkan semula apa yang telah berlaku dalam hidup aku. Ada manisnya..ada pahitnya..ada suka..ada derita. Aku bukanlah manusia sempurna yang boleh memuaskan hati semua orang. Apa yang aku mampu, aku serahkan segalanya. Ya, memang aku pernah melakukan kesilapan..kalaulah, aku boleh undur semula masa..hmm..
Memang tiada siapa yang tahu apa yang ada di dalam hati kita..apa yang kita rasa..apa yang terdetik di hati..tapi salahkah kalau kita kongsikan dengan orang yang kita sayang? dengan orang yang kita cinta? perasaan cinta takkan hadir kalau tidak diizinkan oleh-NYA? Jangan salahkan takdir!
Selama aku menderita, siapa yang peduli? Kawan-kawan? Aku hanya mampu mengadu domba dah mereka hanya mampu mendengar dan melihat aku mengalirkan air mata. Ibu menjadi tempat aku mengadu. Ibu menjadi tempat aku meluahkan segala-galanya. Bayangkan betapa hancurnya hati ibu apabila mengetahui anaknya dikecewakan. Betapa hancurnya hati ibu apabila melihat anaknya menangis! Tapi pabila aku menangis, ibu peluk tubuh yang penuh dosa ini. Aku tenang seketika. Itulah kali pertama aku menangis di hadapan ibu kerana seorang wanita yang aku benar-benar ikhlas mencintai dia. Aku malu untuk mengadu kepada Allah. Aku malu! Siapa aku di sisi NYA? Aku banyak buat dosa. Aku malu! Siapakah aku untuk meminta minta? Kau takkan faham selagi kau sendiri tak rasa!
Kau hanya mampu salahkan aku siang dan malam. Aku bersabar. Aku hanya bersabar detik demi detik, hari demi hari...setiap masa. Aku bukan boneka! Aku manusia yang punya hati dan perasaan! Aku lalui hari-hari ku dengan air mata. Ada kau peduli? Hanya sementara. Aku cuba untuk senyum..tapi senyumku tawar..hatiku masih berdarah.. Aku cuba hiburkan diri sendiri..tunjukkan depan kau yang aku sentiasa senang hati, aku aku tipu diri aku sendiri! aku tipu kau! kau tak perasan langsung! Kalaulah setiap manusia dikurniakan Allah dengan kebolehan membaca fikiran dan hati.. Itulah gunanya lidah..mulut..suarakan...bertanyakan..fahami..ucapkan..
Jujur aku katakan di sini..aku sudah serik untuk menerima sesiapa di dalam hati ini..aku letih untuk menderita..aku terlalu menderita..bila aku luahkan semua ini, aku menangis..aku menangis..bukan sebab aku ingin menangis, tapi kerana hati yang memaksa..memang aku tak tertahan dengan semua ini..aku penat..sakit..
Inilah kali pertama aku merasai penderitaan ini..cukup terseksa.. Jujur aku katakan, aku pernah lakukan perkara ini kepada orang lain, mungkin inilah karma, balasan untuk diri aku. Aku sendiri merasainya sendiri. Orang tidak nampak..orang lain tidak tahu..tapi kita yang rasa, kita tahu.
Andai kata tiada jodoh antara aku dan dia, aku doakan agar dia temui Imamnya agar dia boleh menjadi makmumnya. Hati aku sudah hampir tertutup rapat. Aku minta maaf. Aku hanya mampu berusaha dan berserah kepada-NYA. Jika ini hanya ujian untuk hamba-MU yang hina ini Ya Allah, aku terima. Aku tahu ENGKAU tidak memberi apa yang aku mahukan, sebaliknya ENGKAU beri apa yang aku perlukan. Aku terima apa sahaja yang terbaik untuk diriku.
Susah untuk aku katakan yang aku benci. Aku tidak pernah membenci. Jujur di sini, aku masih sayangkan kau. Aku masih perlukan kau..tapi bukan sekarang. Andai kata jodoh itu milik kita, aku akan sempurkan segalanya. Andai tiada, berbahagialah kau di samping insan yang bertuah. Amin.
No comments:
Post a Comment