10/05/2012

Ikhlas. Terima. Halal.

Aku sedar selama ini aku silap. Aku banyak melakukan dosa. Aku lupa pada yang Esa. DIA  yang temukan kita dan DIA juga yang pisahkan kita kerana DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Selama ini aku fikir, cinta sebelum kahwin ini indah, semuanya manis-manis belaka, konon tiada duka. Tapi aku silap, gembira hanya sementara, duka selalu ku terasa, tenang hanya seketika. 

Aku manusia lemah, aku manusia hina. Aku kadang-kadang alpa yang aku ini hanya hamba yang wajib melakukan segala suruhan-NYA dan meninggalkan segala larangan-NYA. Astaghfirullahal'azim. Aku telah banyak melakukan kesilapan-kesilapan besar. Kenapa baru sekarang aku sedar? Kenapa? Kenapa selama ini aku lalai? Aku rosakkan segala-galanya. Apa jenis manusia aku ini? Hinanya diriku Ya Allah...!

Aku minta maaf. Semua yang terjadi disebabkan diriku. Puncanya, aku! Kenapa diri ini mudah hanyut, lalai, alpa, bodoh!! Aku sebagai 'pelakon' seharusnya melakonkan 'watak' yang diberi mengikut 'skrip'NYA. Tapi kenapa aku ingkar?  Aku memohon padaMU Ya Allah, ampunilah dosa aku, hinanya aku di sisi MU Ya Allah. Subhanallah....

Aku menyesal atas segala perbuataku, aku malu padaMU Ya Allah. Percintaan yang dijalinkan selama ini rupa-rupanya adalah dosa belaka. Tidak salah mempunyai rasa cinta dah kasih. Perasaan itu adalah lumrah. Tapi cara meluahkan perlu ada batas-batasnya. Aku silap...aku silap...ampunkan aku Ya Allah..

Aku ingin kita hidup bahagia..aku ingin membetulkan apa yang silap. Aku ingin menghalalkan apa yang haram di antara kita. Aku ikhlas, Aku jujur. Walaupun aku ni hina di mata NYA dan hina di matamu, aku berharap dimaafkan segala kesilapanku. Aku ingin berubah. Memang aku insan yang lemah, aku lupa sujud padaNYA. Aku lupa Pencipta yang agung. 

Aku ingin melahirkan rasa cinta padamu apabila aku di ijab kabulkan denganmu. Berilah aku peluang mencuci dosa diriku. Berikan aku peluang untuk mencari ilmu. Berikan aku peluang untuk membimbingmu. Izinkan aku menjadi imam dalam solatmu. Sudikah engkau menjadi makmum di dalam solatku? Sudikah engkau menjadi tulang belakang yang menyokong aku untuk terus berjuang? Sudikah engkau menerimaku? Aku ikhlas.jujur. 

Aku ingin menjadikan engkau yang halal buatku supaya aku dapat mencurahkan segala rasa cinta yang selama ini ku pendam. Sudikah engkau menerimaku?




Ikhlas dari hati.
Contengan sepi
12.39am 
5/10/2012 

No comments:

Post a Comment